Thursday, April 01, 2010

April Fool !!!

April Fool

Sempena tarikh 1 April ni  , aku memulakan post pertama aku di sini kerana ramai lagi kenkawan & sahabat kita yang meraikan 1 April ni atau pun April Fool.. walaupun tak tahu asal usul & sejarah April Fool ni tetapi tetap meraikanya dengan meriah ..

April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari (1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki, perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. 

dan aku berharap pada kenkawan , sahabat & saudaraku semua .. janganlah meneruskan tradisi ini .. cukuplah !! mahukah kita meraikan kematian & kejatuhan saudara kita sendiri ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Tq Guyz

free counters

Follow Journey of Life

Ringgo on Journey of Life Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts