Today



Contact me


Journey Labels

Journey Commenters

Powered by Blogger Widgets

Top 10 Members

Journey of Life

Top Commenters

Powered by Blogger Widgets

Monday, April 12, 2010

Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif

Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasulullah SAW yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasulullah SAW dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun akhlak baginda ialah al-Ouran' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Apa yang baik adalah haial dan yang buruk dan tidak baik itu adalah haram. Perkara haial dan yang haram diterangkan dengan jelas.
Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.
Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada akal dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalalkan dan dibenarkan sebagai sah serta mendapat hak-hak dan perlindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.
Rasulullah SAW, adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah SWT. lni berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhlas mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud : " Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas serta mempunyai sistem agama ." (al-Bayyinah : 5)
Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T. adalah manusia yang tidak berakhlak dan berlaku biadab terhadap Allah SWT. Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah SWT. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat.
Continue journey...

Saturday, April 10, 2010

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA

AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang palsu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman palsu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.
Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk , merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.
Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia. "  (Riwayat al-Baihaqi)
Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. Akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini.
Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam Al-Ouran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber pengetahuan mengenai nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan penghayatan akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa, al-Ouran diturunkan.
Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku manusia sepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.
Continue journey...

Membentuk Keluarga Sakinah

Keluarga Muslim - Bagaimana Seharusnya
Dalam proses untuk mencapai matlamat yang terbesar iaitu keredhaan Allah SWT dan bagi menghasilkan Fardi Muslim maka proses yang keduanya ialah untuk melahirkan Al-bait Al muslim (keluarga Muslim.)
Keluarga Muslim yang kita kehendaki ialah satu keluarga atau rumah di mana suami isteri memahami dan mengetahui hak-hak mereka berdua dan iltizam dengan hak-hak dan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut. Untuk mencapai Al Bait Muslim itu maka proses yang berikutnya perlu dilaksanakan.

i) Ihsan Tarbiyyah Aulad - Baik dalam pendidikan anak-anak dan juga pembantu rumah. Kita membentuk mereka dengan Mabdak Islam.

ii) Menjaga adab adab Islam dalam semua aspek kehidupan dalam kehidupan rumahtangga. Isteri misali ialah sepertimana yang telah di sebutkan oleh Allah SWT tentang sifat-sifat mereka sebagai pilihan kepada junjungan kita Rasulullah SAW . Firman Allah SWT : " Jika nabi menceraikan kamu boleh jadi Tuhannya akan memberi gantinya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu,yang patuh ,yang beriman yang taat yang bertaubat yang mengerjakan ibadat yang berpuasa ataupun yang berhijrah yang janda atau yang perawan.
( Surah at Tahrim : 5 )

Ini adalah sifat sifat yang telah di tetapkan oleh Allah kepada wanita wanita sebagai persediaan sebagai isteri. Tidak kira samaada dia itu masih janda atau anak gadis. Sifat-sifat yang tersebut adalah sifat-sifat isteri muslim. Sifat- sifat ini meliputi semua aspek dan lengkap.

Kita dapati sama sekali tidak tercapai muslimah seorang isteri muslim yang taat dan patuh kepada Allah swt melainkan dia seorang yang soleh. Iaitu sepertimana yang di sebut oleh Allah SWT : " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh itu ialah yang taat kepada Allah swt lagi memelihara diri disebalik pembelakangan suaminya , oleh kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar " (Surah An-Nisaa’ : 34.)


iii) Ahli- ahli bait muslim perlu iltizam dengan pakaian Islam mengikut batasannya yang paling minima yang diizinkan oleh Islam itu sendiri. Itu satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dan satu hak yang mesti di jaga oleh wanita. Ini adalah dalam peringkat proses tarbiyah untuk sampai kepada matlamat tersebut . Pakaian wanita itu mestilah besar sedikit tidak boleh menampakkan bentuk badan dan tidak boleh jarang.

Anak-anak perempuan kita perlu lahir dalam suasana tarbiyah ini. Ibulah yang menjadi ikutan dalam hal ini. Rumahtangga muslim juga tidak akan masuk di dalamnya benda benda yang tidak di izinkan oleh Allah SWT.  Tidak bergantung di dinding rumahnya sesuatu yang di haramkan oleh Islam.

Pintu rumah al-bait al-muslim tidak terbuka luas sehingga ternampak terdedah apa yang ada di dalamnya . Jendela jendela rumah mereka juga berlangsir. Dan langsir itu juga tertutup dengan elok , tidak jarang ( tidak sehingga ternampak dari luar ).

Dalam sirah Rasullullah SAW rumah baginda pun berlangsir. Rasullullah menyuruh membuang langsir yang ada gambar-gambar manusia dan binatang padanya.

Rumahtangga muslim ialah rumahtangga yang betul betul iltizam dengan dasar dasar yang diadakan oleh ikhwan al muslimin , sebagai satu kesempurnaan Islam pada semua hal sama ada dalam msyarakat rumahtangga dan sebagainya.

Cara hidup anggota-angota ikhwan al muslimin menzahirkan kesempurnaan Islam itu sendiri. Corak hidup anggota ikhwan berhubung terus dengen sifat sifat dalam "syurut Ta-dhaif wal tausiq" (syarat syarat lemah dan kuat dalam keanggotaan harakah Islamiyah ). Sebab itu Al- Imam Hassan al Banna mewajibkan di dalam rumah itu mabdak Islam ( Ideologi Islam ).

iv) Al-bait al-muslim merupakan keluarga yang menyediakan anak-anak mereka sebelum balighnya dengan perkara-perkara yang perlu di didik iaitu tentang "Aqidah Islam" , "Ibadah Islam " untuk mereka laksanakan hak-hak mereka terhadap Allah SWT apabila Baligh dengan cara yang betul.

v) Rumah tangga muslim juga jauh daripada keadaan mewah ( yakni kemewahan yang membinasakan ) dan juga daripada sesuatu yang tidak Islamik.

Dengan ini Asy-Syahid telah memperuntukkan tanggungjawab kepada Al akh al mujaddid dengan :

a) mesti mempunyai sifat zuhud dan menjauhkan diri daripada sifat sifat muta’ah iaitu keseronokkan , kelazatan kemewahan yang fana.

b) begitu juga hendaklah jauh daripada sesuatu perkara yang tidak Islamik sama ada dalam ibadah , pergaulan dan sebagainya. Jadi tugasnya ialah untuk mentarbiyah anak-anak dan orang-orang di bawah tanggungannya dari segi tindak tanduk , tingkahlaku perangai dan menasihati orang-orang yang hubungan kerabat dengan mereka . Dapat juga kita lihat betapa ramai anak-anak muslim yang kurang dijaga untuk disalurkan kepada Islam.

Ibu bapa yang sentiasa dianggap sebagai masal patut sentiasa sedar dan faham tentang hal ini dan sentiasa memperhatikan marhalah atau tahap persediaan baligh.

Sesuatu yang wajib dilakukan oleh seorang muslim selepas baligh ( mereka perlu di latih tentang perkara tersebut sebelum mereka baligh. ). Seorang muslim mukallaf dibebankan dengan urusan urusan yang banyak dalam aqidah, ibadah ,adab akhlak dan pergaulan. Begitu juga dia dipertanggungjawabkan dengan jihad dengan persediaan yang tertentu ini memerlukan kepada latihan jasmani , jiwa dan juga akal.

Seseorang muslim tidak sepatutnya menjadi beban kepada orang lain. Ini memerlukan seseorang muslim itu mempunyai pekerjaan. Ibu bapa perlu mengajar dan menyediakan anak anak mereka dalam hal ini .Begitu juga ibu bapa perlu mendidik anak anak mereka supaya kasih kepada ahli-ahli Islam dengan mempertingkatkan iman mereka dan melatih mereka beribadah.

Sesungguhnya Rasullullah SAW menyuruh kita melatih anak anak kita supaya solat apabila berumur 7 tahun dia dipukul sekiranya tidak solat ketika mereka berumur 10 tahun. Begitu juga di qiaskan dengan puasa . Sekiranya anak anak yang tiada ibu bapa yang memberi tanggungjawab maka kita yakni harakah kita yang bertanggungjawab. Ditekankan di sini kepada anak anak perempuan di mana mereka di jadikan untuk menjadi isteri . Fungsi tugas dan peranan mereka ialah untuk menjadi isteri . Tabiat mereka mestilah tabiat Islam dalam semua aspek.

Kewajiban Suami

Suami mempunyai kewajiban mencari nafkah untuk menghidupi keluarganya , tetapi disamping itu ia juga berfungsi sebagai kepala rumah tangga atau pemimpin dalam rumah tangga. Allah SWT dalam hal ini berfirman : " Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, karena Allah telah melebihkan sebagian dari mereka atas sebagian yang lainnya dan karena mereka telah membelanjakan sebagian harta mereka." ( An-Nisaa’ : 34).

Menikah bukan hanya masalah mampu mencari wang , walaupun ini juga penting, tapi bukan salah satu yang terpenting. Suami bekerja keras membanting tulang memeras keringat untuk mencari rezeki yang halal tetapi ternyata tidak mampu menjadi pemimpin bagi keluarganya.

" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." ( At-Tahriim : 6).

Suami juga harus mempergauli isterinya dengan baik :

" Dan pergaulilah isteri-isteri kalian dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka , ( maka bersabarlah ) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu , padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." ( An-Nisaa’ : 19).

" Barang siapa menggembirakan hati isteri , (maka) seakan-akan menangis takut kepada Allah. Barang siapa menangis takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan tubuhnya dari neraka. Sesungguhnya ketika suami isteri saling memperhatikan, maka Allah memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Manakala suami merengkuh telapak tangan isteri ( diramas-ramas ) , maka berguguranlah dosa-dosa suami-isteri itu dari sela-sela jarinya." ( HR. Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi' dari Abu Sa'id Al-Khudzri ).

Dalam satu kisah diceritakan, pada suatu hari isteri-isteri Rasulullah berkumpul ke hadapan suaminya dan bertanya, “Diantara isteri-isteri Rasul , siapakah yang paling disayangi?” Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Aku akan beritahukan kepada kalian nanti.“

Setelah itu, dalam kesempatan yang berbeda, Rasulullah SAW memberikan kepada isteri-isterinya masing-masing sebentuk cincin seraya berpesan agar tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari para isteri Rasulullah itu berkumpul lagi dan mengajukan pertanyaan yang sama. Lalu Rasulullah Saw menjawab, “Yang paling aku sayangi adalah yang kuberikan cincin kepadanya.” Kemudian, isteri-isteri Nabi SAW itu tersenyum puas karena menyangka hanya dirinya saja yang mendapat cincin dan merasakan bahwa dirinya tidak terasing.

Bahkan tingkat kesalihan seseorang sangat ditentukan oleh sejauh mana sikapnya terhadap isterinya . Kalau sikapnya terhadap isteri baik , maka ia adalah seorang pria yang baik. Sebaliknya , jika perlakuan terhadap isterinya buruk maka ia adalah pria yang buruk.

Hendaklah engkau beri makan isteri itu bila engkau makan dan engkau beri pakaian kepadanya bilamana engkau berpakaian , dan janganlah sekali-kali memukul muka dan jangan pula memburukkan dia dan jangan sekali-kali berpisah darinya kecuali dalam rumah. [al-Hadits].

Orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap keluarganya. Sesungguhnya aku sendiri adalah yang paling baik diantara kalian dalam memperlakukan keluargaku. [al-Hadits].

Begitulah , suami janganlah kesibukannya mencari nafkah di luar rumah lantas melupakan tanggung jawab sebagai pemimpin keluarga . Suami berkewajiban mengawal dan mengawasi anak dan isterinya , agar mereka senantiasa mematuhi perintah Allah , meninggalkan larangan Allah SWT sehingga terhindar dari siksa api neraka. Ia akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah jika anak dan isterinya meninggalkan ibadah wajib, melakukan kemaksiatan , membuka aurat , khalwat , narkoba , mencuri , dan lain-lain.

Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban atas yang dipimpinnya . [HR. Bukhari].

Kewajiban Isteri

Isteri mempunyai kewajiban taat kepada suaminya , mendidik anak dan menjaga kehormatannya ( jilbab , khalwat , tabaruj , dan lain-lain.). Ketaatan yang dituntut bagi seorang isteri bukannya tanpa alasan. Suami sebagai pimpinan , bertanggung jawab langsung menghidupi keluarga , melindungi keluarga dan menjaga keselamatan mereka lahir-batin , dunia-akhirat.

Tanggung jawab seperti itu bukan main beratnya. Para suami harus berusaha menghantar isteri dan anak-anaknya untuk memperoleh jaminan syurga. Apabila anggota keluarganya itu sampai terjerumus ke neraka kerana salah bimbing , maka suamilah yang akan menanggung siksaan besar nantinya.

Ketaatan seorang isteri kepada suami dalam rangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya adalah jalan menuju syurga di dunia dan akhirat . Isteri boleh membangkang kepada suaminya jika perintah suaminya bertentangan dengan hukum syara’, misal : disuruh berjudi , dilarang berjilbab , dan lain-lain.

" Perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa bulan Ramadhan , memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki." ( Al-Hadis ).

" Dunia ini adalah perhiasan , dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah." ( HR. Muslim, Ahmad dan an-Nasa'i ).

Wanita yang solehah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada , oleh karena Allah telah memelihara ( mereka ). ( An-Nisaa’: 34).

" Ta’at kepada Allah , ta’at kepada Rasul , memakai jilbab ( pakaian ) yang menutup seluruh auratnya dan tidak untuk menunjukkan kecantikan ( tabarruj ) seperti wanita jahiliyah." ( Al-Ahzab: 32).

" Sekiranya aku menyuruh seorang untuk sujud kepada orang lain. Maka aku akan menyuruh wanita bersujud kepada suaminya karena besarnya hak suami terhadap mereka." ( Al-Hadis ).

" Sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkan hatimu jika engkau memandangnya dan mentaatimu jika engkau memerintahkan kepadanya, dan jika engkau bepergian dia menjaga kehormatan dirinya serta dia menjaga harta dan milikmu. "  ( Al-Hadis ).


Perselisihan dalam rumah tangga
Sedangkan lidah lagikan tergigit , ini kan pula manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Maka telah ada garis panduan agar ketika perselisihan ini tidak membawa kemudaratan dan penyesalan.

Suami dilarang memukul / menyakiti isteri , jika terjadi perselisihan ada beberapa tahapan yang dapat ditempuh , Isteri-isteri yang kalian kuatirkan pembangkangannya , maka nasihatilah mereka , pisahkanlah mereka dari tempat tidur, dan pukullah mereka ( dengan pukulan yang tidak membahayakan ). Akan tetapi , jika mereka menaati kalian , janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka." ( An-Nisaa’: 34 ).

" Hendaklah engkau beri makan isteri itu bila engkau makan dan engkau beri pakaian kepadanya bilamana engkau berpakaian , dan janganlah sekali-kali memukul muka dan jangan pula memburukkan dia dan jangan sekali-kali berpisah darinya kecuali dalam rumah. " ( Al-Hadis ).

" Jika kalian merasa bimbang akan adanya persengketaan diantara keduanya , maka utuslah seorang ( juru damai ) dari pihak keluarga suami dan sorang juru damai dari pihak keluarga isteri . Jika kedua belah pihak menghendaki adanya perbaikan , niscaya Allah akan memberi taufik kepada suami-isteri." ( An-Nisaa’: 35 ).

Demikianlah Islam mengatur dengan sempurna kehidupan keluarga sehingga terbentuk keluarga sakinah dan bahagia dunia-akhirat. Wallahua’lam.

Kiriman Husnulkhatimah , Halaqah .
Continue journey...

Thursday, April 08, 2010

Model Akhlak Mulia

Akhlak Rasulullah S.A.W. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. seorang mukmin yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung ". ( Al-Qalam : 4) Juga firman-Nya yang bermaksud: " Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik ". (Al-Ahzaab : 21 )
Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang budiman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyuk merendah diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quran menggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud : " Nabi Muhammad S.A.W. ialah Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka rukuk dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka ( sebagai orang-orang yang saleh ) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud ". (Al-Fath : 29)
Rasulullah S.A.W. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. Isteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasulullah S.A.W. menjawab, yang bermaksud : " Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur. " ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T., kemuncak daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan nikmat-nikmat Allah S.W.T. . Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras ".( Ibrahim : 7)
Rasulullah S.A.W. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnya kepada Allah S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata. Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. . Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Quran yang bermaksud : " Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia ". (Ali 'lmran : 112 )
Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan. Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersolat sepanjang malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasulullah S.A.W. mendengar perbualan mereka lantas berkata, " Kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita ".
Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya.
Continue journey...

Akhlak Terhadap Sesama Islam

Al-Quran dan Al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Quran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman, secara terperinci.
Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu ". ( Al-Hujuraat : 10 )
Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam ". ( Riwayat Ahmad )
Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat Islam adalah komponen yang membentuk iman . Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya ". ( Riwayat Ahmad )
Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya. " ( Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)
Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mukmin sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasulullah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah. " ( Riwayat At-Tirmizi )
lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"...Sebarkanlah salam di kalangan kamu ".( Riwayat Muslim )
Seterusnya, Rasulullah S.A.W. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.
Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.
Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan dalam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan perilakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi ". (Al-Nisaa' : 148 )
Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mukmin hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili dimahkamah dan dihukum jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam , Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat ". ( Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud )
Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Memandai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya ". ( Riwayat Muslim )
Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat ". ( Riwayat Bukhari dan Ahmad )
Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya. " ( Riwayat At-Tirmizi )
Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan disabitkan kesalahannya . Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Agama itu ialah nasihat ". Ada yang berkata " untuk siapa ya Rasulullah . Sabdanya " untuk Allah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka ". ( Riwayat Bukhari )
Continue journey...
Related Posts with Thumbnails

Tq Guyz

free counters

Follow Journey of Life

Ringgo on Journey of Life Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts